Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) berakhir di Kedah, Melaka, Terengganu dan Johor dan akan bermula di Kelantan esok, kata Menteri Kanan Keselamatan Ismail Sabri Yaakob.
Katanya, PKPB berkuatkuasa Kelantan sehingga 6 Disember ekoran peningkatan jangkitan Covid-19 di negeri itu.
PKPB berakhir esok di seluruh Melaka, Terengganu dan Kedah bermula esok kecuali Kulim untuk tempoh dua minggu lagi.
Di Johor, PKPB hanya berkuatkuasa di Mersing dan Kota Tinggi untuk dua minggu lagi, katanya dalam sidang media petang ini.
Ismail juga mengumumkan Perintah Kawalah Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dikuatkuasa di K Avenue Megacity sebuah kompleks komersial dan kediaman di Penampang, Sabah.
Keputusan tersebut yang menjejaskan 400 penghuni dibuat atas nasihat Kementerian Kesihatan, katanya.
Selain itu, PKPD juga berakhir di Anjung Teduh di Felda Sahabat di Lahad Datu ekoran penurunan besar jumlah kes.
Anjung Teduh diletakkan bawah PKPD sejak 24 hingga 20 November. – 20 November, 2020.
Komen