Keputusan PKPB Kuching sambung atau tidak Ahad ini


Desmond Davidson

Kuching dikenakan PKPB susulan lonjakan kes jangkitan Covid-19 yang menyebabkan daerah itu dikategorikan sebagai zon merah. – Gambar fail The Malaysian Insight, 20 November, 2020.

SARAWAK akan mengumumkan keputusan pada Ahad sama ada akan melanjutkan tempoh atau menarik balik penguatkuasaan perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) yang dikenakan di Kuching.

Ini akan menjadi keputusan besar yang pertama kepada Timbalan Ketua Menteri James Masing susulan pelantikannya baru-baru ini sebagai pemangku pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana negeri.

Kabinet negeri pada Rabu melantik Masing, untuk mengisi jawatan itu sementara susulan pengerusi jawatankuasa itu Douglas Uggah terpaksa mengambil cuti sakit selama sebulan selepas menjalani pembedahan pada Selasa.

Unggah kini sedang berehat di sebuah hospital swasta di Kuching.

PKPB dikuatkuasakan di Kuching susulan lonjakan kes jangkitan Covid-19 yang menyebabkan daerah itu dikategorikan sebagai zon merah.

Enam kluster Covid-19 yang masih aktif di negeri itu, semuanya di Kuching.

Daripada 72 kes yang masih menerima rawatan di seluruh negeri itu, 63 sedang dirawat di hospital  besar di Kuching.

Kerajaan negeri berkata Masing mempengerusikan mesyuarat pertamanya bersama jawatankuasa itu menerusi aplikasi Zoom pagi tadi. – 20 November, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen