Lebih 100,000 maut akibat Covid-19 di Mexico


Jumlah keseluruhan kematian di Mexico kini 100,104, kata Kementerian Kesihatan.– Gambar EPA, 20 November, 2020.

LEBIH 100,000 orang maut akibat Covid-19 di Mexico, kata pihak berkuasa pada Khamis.

Jumlah itu sekali gus menjadikan Mexico negara keempat merekod jumlah kematian tertinggi di dunia.

Kementerian Kesihatan umum 576 kematian baharu, menjadikan jumlah keseluruhan kematian di Mexico kini 100,104, mengikuti di belakang di Amerika Syarikat (AS), Brazil dan India.

Sehingga kini, Mexico telah melaporkan 1,019,543 kes positif Covid-19. Negara itu mempunyai lebih 128 juta penduduk.

Kerajaan berkata diet pemakanan yang tidak teratur selain masalah kesihatan termasuk darah tinggi, kencing manis dan obesiti antara sebab kes kematian yang tinggi akibat Covid-19. – AFP, 20 November, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen