Apec perlu terajui pemulihan ekonomi pasca Covid-19, kata PM


Ragananthini Vethasalam

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin berkata Apec akan perlu memainkan peranan penting dalam menerajui pemulihan ekonomi pasca Covid-19. – Gambar fail The Malaysian Insight, 19 November, 2020.

KERJASAMA Ekonomi Asia-Pasifik (Apec) yang membentuk 60% daripada ekonomi dunia, akan perlu memainkan peranan penting dalam menerajui pemulihan ekonomi pasca Covid-19, kata Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

Ketika menyampaikan ucaptama di Dialog CEO Apec Malaysia 2020 hari ini, Muhyiddin berkata keutamaan perdagangan dan ekonomi kini akan perlu dilihat menerusi “lensa Covid-19”.

Beliau berkata walaupun teras utama kumpulan ekonomi akan kekal sama, kini perlu ada keperluan yang sebenar dan khusus dalam memastikan keseimbangan antara keutamaan kesihatan dan keperluan ekonomi.

“Saya rasa mungkin, melihat kepada realiti yang wujud dalam dunia Covid-19, Apec kini menjadi sesuatu yang perlu ada.

“Keutamaan ini adalah perdagangan dan pelaburan bebas dan terbuka, integrasi ekonomi serantau, dan juga kerjasama teknikal dan ekonomi,” katanya. – 19 November, 2020.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen