8 kluster baharu Covid-19 dilaporkan hari ini


Ragananthini Vethasalam

Lapan kluster baharu Covid-19 dilaporkan hari ini dengan tiga lagi kluster berakhir. – Gambar fail The Malaysian Insight, 18 November, 2020.

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia melaporkan lapan kluster baharu Covid-19 dengan tiga lagi kluster berakhir hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata ini menjadikan jumlah kluster aktif di negara ini meningkat kepada 167.

Tiga daripada lapan kluster baharu dikesan di Sabah iaitu kluster Tomher, Garden dan Sabaru. 

Sementara itu Noor Hisham berkata kluster Kencana, Bah Sintok dan Anggerik kini tidak aktif setelah tidak melaporkan kes baharu dalam 28 hari pengawasan. 

Kluster baharu di Lahad Datu dan kluster Taman di Tawau masing-masing melaporkan 88 serta 11 kes berasal dari pesakit indeks yang mengalami gegala.

Kluster Tomher dikesan di Ranau selepas pemeriksaan kumpulan berisiko tinggi dijalan yang mana kes ini melibatkan pekerja pembinaan. Terdapat 20 kes positif dalam kluster ini.

Sementara itu kluster Putra-18 turut dikesan di Putrajaya, Petaling dan Sepang serta kluster Murni di Cheras dan Kepong dan Kuala Lumpur.

Kedua-dua kluster ini melaporkan tujuh kes dan berasal dari pesakit indeks yang diuji positif Covid-19 setelah mengalami gejala.

Selain itu kementerian juga mengesan kluster Demak di Pulau Pinang (5 kes), Parit Kassan di Tangkak, Johor (11 kes) dan Besi Demak di Kuching (5 kes).

Ketiga-tiga kluster juga dikesan dari pesakit indeks yang diuji positif selepas mengalami gejala. – 18 November, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen