Bintang Atletico Madrid, Luis Suarez dijangkiti Covid-19


Pemain pasukan kebangsaan Uruguay yang juga bintang kelab Atletico Madrid, Luis Suarez, disahkan dijangkiti Covid-19 semalam. – Gambar EPA, 17 November, 2020.

PEMAIN pasukan kebangsaan Uruguay yang juga bintang kelab Atletico Madrid, Luis Suarez, disahkan dijangkiti Covid-19 semalam, lapor Agensi Anadolu. 

Perkara itu disahkan Persatuan Bola Sepak Uruguay (AUF) menerusi satu kenyataan.

Suarez, 33,  kemungkinan akan terlepas perlawanan Liga Sepanyol menentang Barcelona di Stadium Wanda Metropolitano di Madrid, Sabtu ini.

Selain itu, penjaga gol pasukan kebangsaan Rodrigo Munoz dan pegawai akhbar Matias Faral juga diuji positif virus itu. 

AUF berkata ketiga-tiga berada dalam keadaan baik dan sedang menjalani langkah-langkah pencegahan yang perlu. – Bernama, 17 November, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen