PKPP di Kedah, Kelantan, Johor jika situasi semakin baik, kata KP Kesihatan


Ragananthini Vethasalam

PERINTAH Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Kedah, Terengganu dan Johor mungkin boleh ditamatkan jika terdapat ketiga-tiga negeri berkenaan menunjukkan perkembangan baik dalam tempoh dua minggu ini, kata Dr Noor Hisham Abdullah.

Ketua pengarah kesihatan berkata kerajaan akan pertimbang untuk kembalikan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) sekiranya kes Covid-19 terus berkurangan di tiga negeri tersebut.

Semua negeri kecuali Kelantan, Perlis dan Pahang kini diletakkan bawah PKPB bermula 9 November sehingga 6 Disember ini.

Dr Noor Hisham juga berkata individu dari zon merah yang bergerak ke zon hijau mungkin perlu disaring untuk melindungi daerah atau negeri yang masih berstatus hijau.

“Kita perlu melindungi negeri-negeri hijau ini dengan dengan aktiviti-aktiviti kesihatan awam yang telah dikenal pasti dan memastikan bahawa mereka yang kembali dari negeri atau daerah merah disaring dan diuji dan sebagainya

“Kita harus membatasi orang ramai dari rantas daerah atau rentas negeri. Sekiranya kita dapat mengendalikannya, maka kita dapat mencegah jangkitan ke zon hijau,” katanya pada sidang media hari ini.

Dr Noor Hisham berkata pelaksanaan semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan menyebabkan ekonomi negara terjejas teruk.

Katanya PKPB adalah pilihan yang lebih baik untuk mengimbangi antara kesihatan dan ekonomi, terutamanya 40% ekonomi tertumpu di Selangor. – 16 November, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen