Kerajaan cadang perketat SOP libatkan pekerja asing, kata Ismail Sabri


SOP bagi pekerja asing akan diperketat termasuk memperluaskan syarat ujian calitan terhadap mereka di semua sektor industri bagi mengawal penularan Covid-19 dalam negara. – Gambar fail The Malaysian Insight, 16 November, 2020.    

KERAJAAN bercadang untuk memperketatkan prosedur operasi standard (SOP) bagi pekerja asing termasuk memperluaskan syarat ujian calitan terhadap mereka di semua sektor industri bagi mengawal penularan Covid-19 dalam negara.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob berkata kerajaan kini sedang menunggu pembentangan cadangan daripada Kementerian Sumber Manusia (KSM) berhubung perkara tersebut.

“Kita sedang buat kajian menyeluruh…pekerja warga asing di Malaysia sekarang seramai 1.7 juta dan dengan jumlah sebegitu ramai, kalau buat ujian calitan kepada mereka, kita nak tengok berapa kemampuan lab (makmal) untuk kita dapatkan keputusan tentang mereka (Covid-19) dan siapa yang nak bayar.

“Saya difahamkan, lebih kurang sejuta lebih daripada 1.7 juta tersebut adalah pencarum kepada Perkeso (Pertubuhan Keselamatan Sosial),” katanya pada sidang media perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), hari ini.

Semalam, Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah dilapor berkata kluster yang merekodkan kes tertinggi adalah Kluster Tapak Bina Damanlela di Kuala Lumpur iaitu sebanyak 460 kes. – Bernama, 16 November, 2020.    

MENYUSUL


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen