Indira akan mohon prosiding hina mahkamah terhadap KPN


Alfian Z.M. Tahir

M. Indira Gandhi akan memfailkan prosiding hina mahkamah terhadap Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador kerana gagal mematuhi perintah mandamaus yang dikeluarkan Mahkamah Tinggi Ipoh untuk mendapatkan anak perempuannya Prasana Diksa.– Gambar fail The Malaysian Insight, 16 November, 2020.

M. Indira Gandhi akan memfailkan prosiding hina mahkamah terhadap Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador kerana gagal mematuhi perintah mandamaus yang dikeluarkan Mahkamah Tinggi Ipoh untuk mendapatkan anak perempuannya Prasana Diksa.

Ini merupakan tindakan lanjutan Indira selepas memfailkan saman RM100 juta terhadap Hamid, Kementerian Dalam Negeri dan kerajaan Malaysia kerana gagal mengesan Prasana.

Pada April 2016 Mahkamah Persekutuan membenarkan perintah mandamus yang dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Ipoh terhadap ketua polis negara ketika itu Khalid Abu Bakar dan mengarahkan penahanan bekas suami Indira, Muhammad Riduan Abdullah kerana membawa lari Prasana ketika masih bayi.

Mahkamah Persekutuan juga mengarahkan Khalid menahan Riduan kerana menghina mahkamah berikutan enggan menyerahkan hak penjagaan Prasana kepada Indira.

Namun, sejka itu tiada sebarang perkembangan mengenai di mana Riduan atau Prasana berada walaupun polis terutamanya Hamid berjanji kes kehilangan anaknya itu akan berakhit dengan kegembiraan.

Jurucakap Pasukan Tindakan Indira Gandhi (Ingat) Arun Doraisamy berkata beliau yakin polis tidak lagi berminta untuk meneruskan siasatan kehilangan Prasana.

“ingat tidak akan adakan pertemuan lanjut dengan polis atau Hamid kerana beliau telah diberikan cukup masa untuk mencari Prasana.

“Kami yakin polis tidak lagi berminat dan tidak mempunyai apa-apa lagi rancangan berkenaan kes ini, walaupun KPN beri janji manis ‘pengakhiran gembira’.

“Kami akan ke mahkamah semula bukan kerana tuntutan saman terhadap KPN, PDRM, Kementerian Dalam Negeri dan kerajaan Malaysia, tetapi memohon prosiding hina mahkamah terhadap Hamid dan PDRM.

“Kes ini bukan tentang Indira Gandhi tetapi juga mengenai keadilan undang-undang bagi semua rakyat Malaysia tanpa mengira bangsam agama, status atau kedudukan,” kata Arun. – 16 November, 2020.    

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen