Kes Covid-19 Mexico lepasi sejuta


Jumlah kematian Covid-19 di Mexico pula mencecah 98,259 orang, termasuk 635 kes yang dilaporkan kelmarin. – Gambar EPA, 15 November, 2020.

KES Covid-19 Mexico melepasi sejuta kes pada Sabtu, melaporkan 5,860 kes pada Jumaat di negara antara paling teruk terjejas di dunia itu, kata kerajaan.

Sejumlah 1,003,253 orang kini disahkan positif Covid-19 di Mexico, kata pegawai Kementerian Kesihatan Ricardo Cortes.

Jumlah kematian pula mencecah 98,259, termasuk 635 yang dilaporkan kelmarin, tambahnya.

Mexico adalah negara keempat jumlah korban tertinggi wabak selepas Amerika Syarikat, Brazil dan India, menurut pengiraan AFP berdasarkan data rasmi dikeluarkan pihak berkuasa.

Negara itu berada di kedudukan ke-11 jumlah kes positif.

Berlaku lonjakan kes di seluruh negara itu.

“Kita mungkin belum sampai ke situasi terburuk,” kata Alejandro Macias, bekas pesuruhjaya nasional melawan pandemik AHIN1 di Bandar Mexico pada 2009 kepada AFP.

Kerajaan sebelum ini mengisytiharkan perintah berkurung pada 23 Mac lalu, walaupun perkhidmatan keperluan masih dibenarkan buka, tetapi tiada hukuman kepada pihak yang melanggarnya.

Datuk Bandar Mexico Claudia Sheinbaum pada Jumaat mengumumkan penutupan bar selama 15 hari dan had waktu operasi restoran, panggung wayang dan gim disebabkan lonjakan kes jangkitan sejak minggu lepas.

Sheinbaum juga berkata ujian saringan harian akan ditingkatkan kepada 10,000 kes.

Bandar itu menyaksikan lonjakan kes sejak pertengahan Oktober dan kekal menjadi pusat wabak di Mexico. – AFP, 15 November, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen