LEBIH daripada 1.3 juta orang telah terbunuh oleh Covid-19 di seluruh dunia, menurut laporan dari sumber rasmi yang disusun AFP.
Secara keseluruhan, terdapat sekurangnya 1,303,783 kematian bagi 53,380,442 kes Covid-19 yang diisytiharkan walaupun para pakar berkata data rasmi kemungkinan hanya mengambil sebahagian kecil dari jumlah keseluruhan jangkitan dan kematian.
Kes dan kematian baharu semakin meningkat akibat gelombang kedua yang melanda Eropah dan Amerika Syarikat.
Hampir satu daripada lima kematian berlaku di AS (244,345), sementara Brazil adalah negara yang paling ketara kesannya berikutan jumlah kematian (164,737), diikuti India (129,188), Mexico (97,624) dan Britain (51,304).
Minggu ini warga dunia meraikan berita besar vaksin Covid-19, bagaimanapun seorang pakar WHO memberi amaran tentang ketidakpercayaan dan berita palsu oleh warga dunia terhadap vaksin itu yang akan memberi kesan terhadap perkembangan pandemik Covid-19. – AFP, 14 November, 2020.
Komen