Kekang gelombang kedua Covid-19, New York had operasi kelab malam


AS merupakan negara paling teruk terjejas akibat Covid-19 dengan menyaksikan 188,858 kes baharu dan 1,596 kematian yang direkodkan pada Jumaat. – Gambar EPA, 14 November, 2020.

NEW YORK mengehadkan operasi bar dan kelab malam bagi mengekang gelombang kedua penularan wabak Covid-19.

Kesemua kelab malam dan bar di Big Apple, lokasi utama penularan wabak itu, diarahkan ditutup pukul 10 malam bermula Jumaat dan semua sekolah mungkin akan ditutup bermula Isnin.

Jumlah jangkitan meningkat mendadak di Amerika dan Eropah, sekali gus memaksa kerajaan mengambil langkah drastik walaupun bimbang tindakan sedemikian boleh menjejaskan ekonomi di negara masing-masing.

Covid-19 setakat ini meragut hampir 1.3 juta nyawa di seluruh dunia dengan kes jangkitan hampir 53 juta sejak virus itu mula dikesan pada Disember tahun lalu.

Sementara itu, Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump berkata beliau tidak akan melaksanakan perintah pengurungan di negara itu.

AS merupakan negara paling teruk terjejas akibat Covid-19 dengan menyaksikan 188,858 kes baharu dan 1,596 kematian yang direkodkan pada Jumaat.

Walaupun vaksin dijangka siap tidak lama lagi, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata sikap tidak percaya dan salah maklumat sesetengah pihak tentang kaedah rawatan saintifik boleh menjejaskan keberkesanan vaksin itu.

“Kita tidak akan berjaya mengawal pandemik ini melainkan orang ramai sedia untuk menerimannya,” kata Pengarah Jabatan Imunisasi WHO Kate O’Brien. – AFP, 14 November, 2020.
 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen