KETUA Polis Daerah Petaling Jaya ACP Nik Ezanee Mohd Faizal sedang menjalani tempoh kuarantin selama dua minggu kerana mempunyai kontak rapat dengan individu positif Covid-19.
Timbalannya Superintendan Ku Mashariman Ku Mahmood dalam kenyataan berkata Nik Ezanee yang memulakan kuarantin hari ini sudah menjalani ujian swab dan akan menjalani ujian swab kedua pada 23 Nov ini.
Ku Mashariman berkata sepanjang tempoh kuarantin berkenaan dijalankan beliau akan memangku tugas sebagai Ketua Polis Daerah Petaling Jaya. – Bernama, 13 November, 2020.
Komen