Selangor mahu pindah kilang berisiko tinggi dari kawasan sungai


Ragananthini Vethasalam

Sebelum ini pencemaran Sungai Gong berlaku kerana kilang yang membuang bahan berbahaya ke anak sungai yang mengalir ke Sungai Selangor. – Gambar fail The Malaysian Insight, 13 November, 2020.

BEBERAPA kilang berisiko tinggi yang beroperasi di sepanjang lembangan sungai di Selangor akan dipindahkan sebagai sebahagian daripada usaha untuk melindungi sumber air daripada tercemar, kata exco kerajaan negeri Ng Sze Han kepada The Malaysian Insight.

Sebahagian kawasan di Selangor dan Lembah Klang berdepan masalah bekalan air berulang kali dalam beberapa bulan terakhir.

Ng menjawab pertanyaan adakah negara akan meningkatkan penguatkuasaan di lembah sungai untuk mencegah pembuangan sampah industri dan sisa buangan yang akhirnya mencemarkan sumber air.

Menurut data Lembaga Urus Air Selangor (Luas), terdapat kira-kira 15,000 kilang yang beroperasi secara sah di sepanjang Sungai Selangor dan Sungai Langat.

“Agensi seperti Pihak Berkuasa Tempatan, Luas, pejabat tanah dan lain-lain sedang dalam proses mengenal pasti kilang berisiko tinggi dan kilang ini harus dipindahkan.

“Tindakan segera juga akan diambil untuk memenuhi syarat Jabatan Alam Sekitar,” kata Ng yang juga merupakan pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam dan Pembangunan Kampung Baru.

Katanya, pembuangan sampah berjadual di bawah bidang kuasa jabatan.

Ng berkata kilang bukan satu-satunya punca gangguan bekalan air di Selangor dan Kuala Lumpur.

Ini termasuk gangguan air tidak berjadual terbaru pada Selasa disebabkan oleh pencemaran air mentah di Sungai Selangor yang menjejaskan 1.14 juta pengguna di 1,279 kawasan di seluruh Kuala Lumpur, Petaling, Klang, Shah Alam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Kuala Langat.

Luas mendakwa pelarut dari salah satu loji rawatan kumbahan Indah Water Konsortium Sdn Bhd (IWK) menyebabkan gangguan terbaru itu.

IWK bagaimanapun menolak dakwaan itu dan berkata loji rawatan kumbahannya terjejas akibat pembuangan sampah haram daripada pihak tidak bertanggungjawab.

Sementara itu, Menteri Alam Sekitar dan Air Tuan Ibrahim Tuan Man berkata pihak berkuasa mengesan pencemaran baru-baru ini di sebuah premis haram di Taman Velox, Rawang.

Menteri Alam Sekitar dan Air Tuan Ibrahim Tuan Man berkata pihak berkuasa mengesan pencemaran baru-baru ini di sebuah premis haram di Taman Velox, Rawang. – Gambar fail The Malaysian Insight, 13 November, 2020.

Hasil penemuan awal mendapati pengendali bangunan membuang sisa buangan haram yang disyaki sampah dijadualkan melalui lubang tandas yang akhirnya menyebabkan ia memasuki sistem kumbahan IWK.

“Kami mendapati bau sampah sesuai dengan bau di loji rawatan air dan IWK,” katanya.

Premis tersebut ditutup oleh Majlis Perbandaran Selayang dan empat individu ditahan polis.

Jabatan Kimia juga akan menganalisis sampel yang diambil dari bangunan tersebut.

Tuan Ibrahim memberi amaran tindakan akan diambil terhadap individu yang mencemarkan alam sekitar.

Beliau juga mengingatkan industri untuk memastikan mereka mematuhi panduan dan undang-undang sambil menguruskan sampah berjadual.

Sebelum ini pencemaran Sungai Gong berlaku disebabkan oleh kilang yang membuang bahan berbahaya ke anak sungai yang mengalir ke Sungai Selangor.

Bahan pencemar tersebut dipercayai menggunakan enjin dan pelarut lain yang akhirnya menyebabkan penutupan sementara loji rawatan air Sg Selangor Fasa 1, 2 dan 3 serta Rantau Panjang.

Empat lelaki ditangkap berkaitan dengan kes itu. Pengendali kilang juga merupakan pesalah berulang yang mana sebelum ini pernah dikompaun RM60,000 kerana mencemarkan sungai.

Pada Oktober, loji rawatan air di Semenyih dan Bukit Tampoi menghentikan sementara operasi menyebabkan lebih 270 kawasan di Petaling, Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang berdepan masalah bekalan air.

Siasatan awal mendapati pencemaran di Sungai Semenyih berpunca dari kawasan perindustrian kira-kira 30km dari Nilai, Negeri Sembilan. – 13 November, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen