HANYA satu kluster baharu dilaporkan hari ini dan ia dikesan di Sabah, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.
Menurut beliau kluster yang dikenali sebagai Teluk, dikesan di daerah Kota Kinabalu.
“Setakat tengah hari ini, 128 individu menjalani ujian saringan dan 30 daripada mereka disahkan positif.
“27 daripada 30 kes positif adalah kes baharu,” kata Dr Noor Hisham pada sidang media di Putrajaya hari ini.
Dr Noor Hisham juga berkata tiga kluster - Pulau, Bah Rose dan Bak Ketil - tamat hari ini.
Kluster Pulau di Sabah mempunyai 53 es positif yang dikesan daripada 1,036 ujian saringan yang dijalankan.
Kluster Bah Rose melibatkan Kedah dan Pulau Pinang yang mana 11 kes dikesan daripada 563 individu yang menjalani ujian saringan.
Kluster Bah Ketil di Kedah merupakan kluster tarakhir tamat hari ini. Seramai 490 individu menjalani ujian daringan dan 15 didapati positif manakala 475 disahkan negatif.
Tiada kematian dilaporkan daripada semua kluster yang tamat hari ini.
Dr Noor Hisham berkata setakat 12 Nivember, 157 kluster masih aktif dan 42 daripadanya melaporkan kes baharu.
Malaysia hari ini melaporkan 919 kes baharu dan 996 kes pulih. – 12 November, 2020.
Komen