Jumlah kes Covid-19 dunia kini melebihi 52 juta


Ambulans membawa pesakit Covid ke hospital San Gerardo di Monza, Itali. Negara itu sedang berdepan gelombang kedua wabak Covid-19. – Gambar EPA, 12 November, 2020.

JUMLAH kes Covid-19 yang disahkan di seluruh dunia telah melebihi 52 juta, lapor agensi berita Sputnik, memetik Johns Hopkins University.

Jumlah sebenar kes Covid-19 berjumlah 52,041,441 pada 01:50 GMT hari Khamis. Lebih daripada 1.28 juta orang telah meninggal dunia kerana penyakit ini, kata universiti itu.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia mengisytiharkan wabak Covid-19 sebagai pandemik pada 11 Mac. 

Sebahagian besar kes setakat ini telah direkodkan di Amerika Syarikat, India dan Brazil. – Bernama, 12 November, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen