2 kes baharu dikesan di White House


Dua lagi kakitangan White House diuji positif Covid-19 selepas hadir acara 3 November lalu. – Gambar EPA, 12 November, 2020.

DUA lagi kakitangan White House diuji positif koronavirus, lapor media AS semalam, kes terbaru di kalangan pentadbiran Donald Trump sejak pilihan raya minggu lalu.

Diagnosis pengarah politik Brian Jack keluar pada hujung minggu, selepas beliau menghadiri acara pada hari pilihan raya 3 November di White House, lapor CNN dan New York Times.

Seorang lagi penasihat juga positif, menurut akhbar itu, tetapi tidak dikenal pasti atau dinyatakan jika individu berkenaan turut hadir acara malam pilihan raya di kediaman presiden.

Kes terbaharu ini tambahan kepada keputusan positif koronavirus ketua turus Trump, Mark Meadows, Setiausaha Pembangunan Perumahan dan Bandar Ben Carson dan pembantu khas David Bossie, yang dipilih untuk mengetuai cabaran undang-undang presiden terhadap keputusan pilihan raya.

Pada Oktober, Trump sendiri positif virus tetapi segera kembali menyambung kempen selepas doktor menerima rawatan, termasuk ubat eksperimen gabungan dua antibodi, yang disebut sebagai ‘koktail’.

Isteri, anak lelaki, beberapa penasihat dan pembantu Trump juga positif Covid-19 sejak bulan lalu. – AFP, 12 November, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen