Adun GPS minta sokongan pembangkang elak pilihan raya musim Covid-19


Desmond Davidson

ADUN Layar Gerald Jabu (GPS) secara terbuka meminta dua pemimpin utama pembangkang Sarawak untuk menyokong cadangannya supaya perlembagaan negeri dipinda bagi melanjutkan tempoh DUN dan seterusnya mengelak pilihan raya musim Covid-19.

Jabu berkata memandangan Presiden Parti Sarawak Bersatu Wong Soon Koh dan Pengerusi DAP Sarawak Chong Chien Jen sudah meluahkan kebimbangan pilihan raya musim wabak, jadi “sekarang masanya untuk buat pendirian anda”.

“Tiada beza nyawa saya dan anda. Saya mahu hidup.

“Anda pun kan?” tanyanya ketika perbahasan belanjawan negeri, tengah hari tadi.

Wong pada 1 November lalu berkata, Sarawak perlu mengambil pengajaran dengan lonjakan kes Covid-19 yang dikaitkan dengan Pilihan Raya Negeri Sabah, Chong pula menerusi media sosialnya berkata pilihan raya negeri tidak wajar diadakan dalam enam bulan akan datang berdasarkan tragedi yang menimpa Sabah.

Dalam cadangan dibuatnya semalam, Jabu mencadangkan perlembagaan negeri dipinda untuk melanjutkan penggal DUN semasa kepada enam tahun bermula persidangan pertamanya pada 7 Jun 2016 atau sehingga Parlimen dibubarkan, mana-mana satu yang lebih awal.

Katanya, cadangan itu bersifat sekali sahaja dan pelanjutan dibuat khusus kerana “kesan dibawa Covid-19”. – 11 November, 2020.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen