Kes Covid-19 global naik 3.6 juta minggu lepas


Sehingga 8 November, jumlah global melebihi 49.7 juta kes, 8% lebih banyak berbanding minggu sebelumnya. – Gambar AFP, 11 November, 2020.

JUMLAH kes Covid-19 yang disahkan meningkat dengan catatan 3.6 juta di seluruh dunia minggu lalu, lapor agensi berita Sputnik, memetik Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Sehingga 8 November, jumlah global melebihi 49.7 juta kes, 8% lebih banyak berbanding minggu sebelumnya.

Angka kematian meningkat lebih 54,000 dalam tempoh yang sama.

Jumlah yang tinggi sepanjang masa melebih 3.3 juta jangkitan dicatatkan dalam seminggu dari 26 Oktober hingga 1 November. – Bernama, 11 November, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen