PKPD di Taman Mawar, Sandakan tamat hari ini


PKPD di Taman Mesra, Sandakan dilanjutkan susulan masih terdapat 91 kes aktif Covid-19. – Gambar fail The Malaysian Insight, 10 November, 2020.

PERINTAH kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) di Taman Mawar, Sandakan di Sabah sudah ditamatkan tetapi perintah yang sama di Taman Mesra dilanjutkan.

Menteri Kanan Ismail Sabri Yaakob berkata lanjutan itu dipersetujui oleh Majlis Keselamatan Negara selepas mendapati masih terdapat 91 kes aktif Covid-19 di kawasan kejiranan itu.

“Disebabkan kes masih tinggi, kami memutuskan untuk melanjutkan PKPD dari 11 November hingga 24 November,” kata Ismail.

“Bagi Taman Mawar, pada 6 November, Kementerian Kesihatan sudah menyaring 731 orang dan 87 orang didapati positif.

“Sehingga kini 64 telah pulih sementara 23 orang lagi masih dirawat.

“Mesyuarat hari ini memutuskan untuk menamatkan PKPD di Taman Mawar,” kata Ismail Sabri.

Kedua-dua kawasan di Sandakan itu diletakkan di bawah PKPD sejak 28 Oktober hingga 10 November.

PKPD di dua kawasan tersebut melibatkan 5,100 rumah dan 22,500 penduduk. – 10 November, 2020. 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen