Kes Covid-19 di AS lepasi 10 juta


AS masih menduduki tangga teratas di dunia bagi jumlah kes positif dan angka kematian akibat Covid-19.– Gambar AFP, 10 November, 2020.

KES jangkitan Covid-19 di Amerika Syarikat (AS) kini melepasi angka 10 juta, menurut data yang dikeluarkan Johns Hopkins University semalam.

Sehingga kini sebanyak 10,018,278  kes positif, dengan 237,742 kematian direkodkan sejak AS dilanda pandemik Covid-19, kata universiti di Baltimore itu.

AS masih menduduki tangga teratas di dunia bagi jumlah kes positif dan angka kematian.

Bagaimanapun, vaksin Covid-19 yang dibangunkan  bersama oleh Firma Farmaseutikal Pfizer dan Biontech, yang dilaporkan 90% berkesan, memberi harapan untuk menangani virus tersebut.

Presiden Donald Trump dan pakar penyakit berjangkit AS Anthony Fauci menyifatkan penemuan itu luar biasa. – AFP, 10 November, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen