BILANGAN mereka yang pulih daripada Covid-19 hari ini mencatat rekod sebanyak 1,345, mengatasi jumlah jangkitan kes baharu.
Kes baharu berjumlah 972 dalam tempoh 24 jam terakhir, dan ia kali kedua sejak 2 November terdapat lebih banyak kes pesakit pulih.
Daripada bilangan mereka yang pulih, Sabah mendahului dengan 967 orang.
Selain itu, Malaysia turut melaporkan 8 kematian, menjadikan jumlah keseluruhan kematian kepada 294 orang.
Bagaimanapun, lapan kematian dilaporkan, menjadikan jumlah kematian kepada 294 orang.
Bagi kes pulih, Sabah mendahului senarai dengan 967, diikuti Selangor (235) dan Negeri Sembilan (63).
Sabah masih menyumbang jumlah kes baharu tertinggi, dengan 370 jangkitan, diikuti Negeri Sembilan (260) dan Selangor (137).
Daripada lapan kematian tersebut, tujuh dilaporkan di Sabah dan satu di Labuan.
Mangsa paling muda adalah bayi berusia 1 tahun, yang mempunyai sejarah perubatan penyakit jantung, sindrom Down dan hipotiroidisme.
Ini menjadi kali kedua kanak-kanak meninggal dunia kerana Covid-19 di Malaysia, selepas kes pertama pada 6 Oktober.
Kematian lain hari ini melibatkan pesakit berumur 50 tahun ke atas.
Jumlah kes aktif seluruh negara kini sebanyak 11,308, dengan 86 pesakit berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 31 memerlukan bantuan pernafasan. – 9 November, 2020.

Komen