TIMBALAN Presiden MIC M. Saravanan menggesa kaum India bersabar berhubung peruntukan diberi bagi sekolah Tamil (SJKT) dalam Belanjawan 2021, yang dibentangkan pada Jumaat lalu.
Beliau berkata dana untuk SJKT diletakkan di bawah peruntukan besar yang diberi kepada Kementerian Pendidikan, dan menteri akan mengumumkan perinciannya nanti.
Pada hujung minggu lalu, banyak kumpulan meluahkan kekecewaan selepas mendapati tiada peruntukkan untuk sekolah Tamil seperti beberapa tahun kebelakangan.
“Saya sudah berbincang dengan Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz (menteri kewangan) dan Menteri Pendidikan (Dr Mohd Radzi Md Jin) dan mereka berdua mengesahkan ia hanya perubahan dalam pendekatan.
“Kali ini, semuanya (peruntukan untuk sekolah) diletakkan di bawah Kementerian Pendidikan, yang diberikan lebih RM60 bilion untuk pengembangan pendidikan.
“Menteri pendidikan akan mengumumkan pecahan yang diberikan untuk semua sekolah,” kata menteri sumber manusia itu pada sidang media di Parlimen hari ini.
Sektor pendidikan sekali lagi menjadi penerima terbesar dalam Belanjawan 2021, dengan RM64.8 bilion peruntukan. – 9 November, 2020.
Berita penuh di sini
Komen