PERDANA Menteri Muhyiddin Yassin berkata beliau berfikir secara mendalam sebelum meminta Menteri Kewangan untuk mempertimbangkan permintaan rakyat yang mahu mengeluarkan wang dari simpanan persaraan mereka.
Dalam wawancara bersama Astro Awani, Muhyiddin berkata beliau memaklumkan kepada Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz tentang idea membenarkan rakyat yang hilang pekerjaan mengeluarkan akaun 1 wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak RM500 sebulan.
“Mula-mula memang kita agak rasa berat hati, bukan sebab tak nak bagi, tetapi soalnya bagaimana dengan jaminan masa depan pencarum tadi. Dahulu kita telah benarkan pengeluaran daripada Akaun 2 (i-Lestari) sekarang Akaun 1, jadi apa lagi yang berbaki untuk kelangsungan masa depan mereka.
“Kebanyakan pekerja hanya mempunyai simpanan sebanyak RM1,000 hingga RM5,000 tetapi dalam perbincangan dengan Tengku Zafrul, kami perlu mempertimbangkan perkara ini.
“Sebab itu kami membenarkan mereka yang memerlukan untuk mengeluarkan duit mereka secara bersasar.
Muhyiddin bagaimanapun berkata beliau berharap mereka yang tidak mengeluarkan wang daripada Akaun 1.
“Saya sangat berharap mereka tidak mengusiknya tetapi dalam situasi ini, mungkin tiada cara lain yang boleh dilakukan.
Tengku Zafrul ketika membentangkan belanjawan semalam, berkata pengeluaran akaun 1 boleh bermula Januari tahun depan. – 7 November, 2020
Komen