KEMENTERIAN Kesihatan melaporkan empat kluster baharu Covid-19 hari ini menjadikan jumlah kluster aktif di negara ini sebanyak 151.
Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata kluster Softwood Lahad Datu ditemui di Sabah selepas pesakit indeks mula mengalami gejala.
Pemeriksaan kontak rapat menyebabkan 13 kes lagi ditemui.
“Semua kes positif dirawat di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah di PPR Payang.
“Daripada 109 yang disaring, 95 individu masih menunggu keputusan ujian mereka,” katanya dalam sidang media hariannya hari ini.
Beliau berkata kluster teratai telah merebak di Klang, Kuala Selangor, Petaling dan Hulu Langat.
Dr Noor Hisham berkata seperti kluster Softwood, kes indeks kluster ini juga diuji positif setelah mengalami gegala.
“Setakat ini terdapat 74 kes positif dalam kluster ini sementara 17 keputusan ujian negative. 10 lagi sedang menunggu keputusan mereka,” katanya.
Kluster Damanlela ditemui di sebuah tapak pembinaan di Kuala Lumpur.
Beliau berkata kes positif ditemui di Lembah Pantai, Kepong dan Titiwangsa.
Kes indeks adalah tahanan yang positif pada 6 November.
Katanya pihak berkuasa kesihatan menemui 14 lagi kes melalui pemeriksaan kontak rapat dan semua 15 individu kini ditahan di Hospital Sungai Buloh.
“Pada tengah hari tadi seramai 292 individu disaring dari kluster Damanlela di mana 269 adalah negatif,” katanya.
Kementerian Kesihatan juga melaporkan kluster keempat dikenali sebagai Mahkota yang kemudian menjangkiti sembilan orang.
Kes-kes yang berkaitan dengan kluster ini dikesan di Hulu Langat, Selangor; Kepong dan Titiwangsa di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Sibu, Sarawak.
Kluster tersebut dikesan melalui pemeriksaan kontak rapat kes indeks yang dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh,
“Sebanyak 56 orang disaring dan 28 diuji negatif. Selebihnya 19 orang masih menunggu keputusan mereka,” katanya.
Noor Hisham juga mengumumkan kluster Bah Puchong yang berasal dari mereka yang pulang dari Sabah kini sudah tidak aktif.
Kluster ini mempunyai 14 kes positif yang merebak di luar negeri di Kuala Lumpur, Selangor dan Perak. – 7 November, 2020.
Komen