Perintah berkurung sepenuhnya di Sabah ditetapkan Isnin ini, kata Ismail Sabri


Alfian Z.M. Tahir

Hampir setiap daerah di Sabah mencatatkan kes positif Covid-19 tinggi dengan semalam sebanyak 1,199 kes dilaporkan. – Gambar fail The Malaysian Insight, 7 November, 2020.

PUTRAJAYA akan mengadakan mesyuarat khas pada Isnin ini bagi membincangkan sekiranya Sabah akah diletakkan di bawah perintah berkurung sepenuhnya selepas hampir setiap daerah di negeri ini mencatatkan kes positif Covid-19 yang tinggi.

Menteri Kanan Ismail Sabri Yaakob berkata sekiranya kerajaan mahu melaksanakan perintah berkurung di Sabah, mereka mesti mengkaji terlebih dahulu kesannya terhadap ekonomi dan kesejahteraan rakyat.

“Kita akan mengkaji kesannya terlebih dahulu. Jika kita laksanakan perintah berkurung, ia akan berbeza dengan perintah kawalan pergerakan dipertingkatkan. Ia akan memberi kesan kepada semua orang.

“Pada Isnin kita akan membincangkan keadaan di Sabah dan kemudian mencuba serta melihat apa yang terbaik,” katanya ketika ditanya mengenai senario semasa di Sabah.

Semalam Malaysia mencatatkan 1,755 kes Covid-19 harian tertinggi sejak wabak melanda negara pada Januari.

Sabah terus mencatat jumlah kes tertinggi dengan 1,199 kes.

Pulau Pinang berada di tempat kedua dengan 192 kes, diikuti Selangor 169 kes. – 7 November, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen