MOHAMED Khaled Nordin mahu Putrajaya pastikan semua program yang digariskan dalam Belanjawan 2021 dilaksanakan tanpa sebarang kebocoran, penyalahgunaan kuasa atau karenah birokrasi.
Dalam satu kenyataannya hari ini, naib presiden Umno itu meluahkan kepuasan hatinya terhadap belanjawan itu dengan berkata kerajaan Perikatan Nasional komited memastikan kesejahteraan rakyat terpelihara.
“Bagi saya belanjawan ini untuk kita semua untuk mengharungi zaman pandemik ini. Tidak ada mana-mana kerajaan yang dapat puaskan hati semua orang dalam waktu sebegini.
“Saya gembira dengan belanjawan ini kerana ia menunjukkan bahawa kerajaan komited memastikan kesejahteraan rakyat terpelihara.
“Bagaimanapun, saya mendesak agar pelaksanaan radikal semua program bagi mengelak berlaku ketirisan, salah guna kuasa dan birokrasi. Saya harap semua 222 ahli parlimen menyokong belanjawan ini demi negara dan rakyat, kata bekas Menteri Besar Johor itu.
Semalam, Belanjawan 2021 sebanyak RM322.5 bilion, dibentangkan oleh Menteri Kewangan Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz, mengatasi Belanjawan 2019 kerajaan Pakatan Harapan yang menyaksikan rekod peruntukan tertinggi RM314.5 bilion.
Belanjawan 2021 yang dibentangkan dalam kepincangan krisis politik, di mana Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dengan majoriti yang sedikit berusaha untuk kekal berkuasa.
Plan belanjawan itu dibentangkan dua minggu selepas Muhyiddin gagal meyakinkan Yang di-Pertuan Agong untuk mengisytiharkan darurat. – 7 November, 2020.
Komen