Filipina lapor 987 kes baharu Covid-19, terendah sejak Julai


DOH berkata ia telah menguji lebih 4.58 juta orang di negara ini dengan populasi sekitar 110 juta. – Gambar AFP, 4 November, 2020.

JABATAN Kesihatan Filipina (DOH) pada Rabu melaporkan 987 kes baharu Covid-19, menjadikan jumlah keseluruhan di negara ini kepada 388,137 menurut Agensi Berita Xinhua.

Jumlah kes yang disahkan setiap hari yang dilaporkan pada Rabu adalah terendah sejak 14 Julai.

DOH berkata lebih 140 pesakit pulih, meningkatkan jumlah pemulihan kepada 349,091. 

Angka kematian meningkat kepada 7,367 selepas 49 lagi pesakit meninggal akibat jangkitan itu, tambah DOH.

DOH berkata ia telah menguji lebih 4.58 juta orang di negara ini dengan populasi sekitar 110 juta.

DOH menjelaskan bahawa laporan relatif rendah dalam kes baharu mungkin merupakan sebahagian daripada kesan Taufan Goni.

Taufan Goni melanda selatan pulau utama Filipina Luzon awal minggu ini, mengorbankan sekurang-kurangnya 20 orang dan meninggalkan banyak kerosakan. – Bernama, 4 November, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen