6 kluster baharu dikesan hari ini


Alfian Z.M. Tahir

Kementerian Kesihatan memaklumkan dua kluster, Embun dan Bah Tanjung sudah tamat tanpa sebarang kematian baharu dicatatkan. – Gambar fail The Malaysian Insight, 4 November, 2020.

SEBANYAK enam kluster baharu Covid-19 dikesan hari ini dengan tiga daripadanya di Sabah, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Bagaimanapun, Noor Hisham berkata dua kluster - Embun dan Bah Tanjung sudah tamat tanpa sebarang kematian baharu dicatatkan.

“Kluster pertama adalah penjara Sandakan; kes indeks adalah seorang tahanan yang didapati positif pada 27 Oktober, dan jejak kontak berjaya mengesan 38 lagi jangkitan.”

“Sehingga 7 November, sebanyak 293 orang sudah disaring dengan 39 diuji positif dan 254 masih menunggu hasil ujian mereka.”

“Kluster kedua di Sabah adalah Dialisis yang melibatkan dua daerah di Lahad Datu dan Sandakan. Susulan pengesanan kontak, 16 orang lagi didapati positif dan mereka semua sudah dihantar ke Hospital Lahad Datu. Sehingga 4 November, 49 sudah disaring dan 19 positif dengan 14 daripadanya adalah kes baharu. “

“Selain itu, terdapat kluster Sepanggar di Kota Kinabalu. Kes indeks didapati positif pada 24 Oktober dan kemudiannya dihantar ke pusat kuarantin dan pusat kesihatan Covid-19 berisiko rendah di Sabah. Sebanyak tujuh kontak rapatnya juga didapati positif.”

“Sehingga hari ini, 95 individu sudah disaring dengan lapan kes positif dan enam adalah baharu. Sebanyak 86 orang diuji negatif, hanya seorang yang masih menunggu keputusan ujiannya,” kata Noor Hisham.

Katanya, kluster Embun di Selangor menjangkiti tujuh individu dan pihak kementerian sudah menyaring 247 orang manakala bagi Bah Tanjung di Terengganu, lapan orang didapati dijangkiti selepas 230 orang disaring. – 4 November, 2020. 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen