Argentina lapor 12,145 kes baharu Covid-19


Seorang guru mengimbas suhu murid di sebuah sekolah menengah di Buenos Aires, Argentina.– Gambar EPA, 4 November, 2020.

KEMENTERIAN Kesihatan Argentina pada Selasa melaporkan 12,145 kes Covid-19 dalam tempoh 24 jam terakhir, menjadikan jumlah nasional kepada 1,195,276, lapor Agensi Berita Xinhua memetik kementerian tersebut.
   
Kementerian itu berkata lebih 430 pesakit meninggal, menjadikan jumlah kematian di seluruh negara kepada 32,052.
   
Sejumlah 1,009,278 orang telah sembuh setakat ini di seluruh negara, menurut kementerian itu.
     
Wilayah Buenos Aires, menjadi daerah paling terjejas dengan 557,575 kes atau 46.64 peratus daripada jumlah keseluruhan kes dalam negara.
     
Argentina mendaftarkan kes Covid-19 pertamanya pada 3 Mac. Negara ini telah menyambung tempoh kuarantin dan penjarakan sosial sehingga Ahad.
       
Presiden Argentina Alberto Fernandez pada Selasa berkata dalam satu majlis umum di Avellaneda bahawa vaksin terhadap Covid-19 akan “mengakhiri mimpi buruk pandemik.”
    
Beliau memberitahu orang ramai negara akan menerima vaksin Sputnik V yang dibangunkan Rusia antara Disember dan Januari. – Bernama, 4 November, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen