854 kematian baharu Covid-19 di Perancis


Perancis sehingga kini merekod 1,502,763 kes jangkitan Covid-19.– Gambar EPA, 4 November, 2020.

PERANCIS melaporkan 854 kematian baharu Covid-19 pada Selasa, dengan korban kini berjumlah 38,289, menurut Kementerian Kesihatan negara itu.

Angka terkini termasuk 426 yang meninggal dunia di hospital dalam 24 jam terakhir dan 428 yang lain di pusat jagaan sejak Jumaat, lapor Agensi Anadolu memetik kementerian itu.

Terdapat 36,330 kes baharu dilaporkan pada hari sama penurunan ketara sebanyak 16,188 dalam 24 jam lalu. Jumlah jangkitan kini sebanyak 1,502,763.

Sejumlah 26,265 pesakit dimasukkan ke hospital dan 3,878 daripadanya berada dalam unit rawatan rapi. 

Sembilan puluh enam bahagian di negara ini masih di tahap bahaya, dengan 2,448 kluster jangkitan di seluruh negara yang dianggap serius.

Sementara itu, Majlis Nasional negara itu malam tadi memutuskan untuk melanjutkan tempoh sekatan pergerakan yang diumumkan kerajaan pada 17 Oktober hingga 16 Februari 2021 kerana peningkatan ketara kes Covid-19.

Memandangkan parti pemerintah tidak memperoleh cukup kerusi di Parlimen pada pilihan raya lalu, cadangan mereka ditolak dan sekatan pergerakan hanya dapat disambung hingga 15 Disember.

Di Perancis, sekatan pergerakan yang dijalankan selama dua bulan pada Mac, dilaksanakan kembali pada 17 Oktober menerusi dekri kerajaan.

Sementara itu, Kesatuan Ahli Farmasi Komuniti pada Selasa mengumumkan 40% farmasi Perancis akan memulakan ujian antigen untuk virus di kedai mereka pada akhir minggu ini. Sebanyak 80% dari semua farmasi telah memesan ujian itu dan separuh lagi telah diterima. – Bernama, 4 November, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen