Tanah di Kg Bharu dipecah 40 parcel untuk pembangunan, kata menteri


Chan Kok Leong

Menteri Wilayah Persekutuan Annuar Musa berkata kerajaan komited membangunkan semula Kg Bharu dan ia akan dilakukan secara organik. – Gambar fail The Malaysian Insight, 3 November, 2020.

PUTRAJAYA akan membangunkan semula Kg Bharu seluas 200 ekar dengan memecahkannya kepada 40 parcel, kata Annuar Musa.

“Kerajaan komited membangunkan semula Kg Bharu dan ini akan dilakukan secara organik,” kata menteri Wilayah Persekutuan kepada Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata kerajaan memutuskan untuk meneruskan pembangunan kerana hanya 61% pemilik Kg Bharu memberi respons positif terhadap rencana Putrjaya untuk membeli tanah yang akan dibangunkan kembali.

Annuar menjawab pertanyaan Wan Hassan Mohd Ramli (Dungun-PAS) mengenai status rundingan tanah rizab Melayu di Kg Bharu, Kuala Lumpur.

“Di pihak kerajaan, kita akan mendapat RM1.5 bilion untuk membangunkan infrastruktur di kawasan itu.”

Tetapi bekas menteri Wilayah Persekutuan Khalid Samad (Shah Alam-PH) mempersoalkan alasan di sebalik langkah itu.

“Apa pelan induk untuk pembangunan kembali ini jika kerajaan akan membahagikan 200 ekar menjadi 40 parcel? Dengan andaian setiap pemaju hanya mendapat 5 ekar, apa yang dapat mereka lakukan secara organik?” soal pemimpin Amanah itu.

Beliau menambah kerajaan Pakatan Harapan sebelum ini juga merancang taman seluas 25 ekar untuk Kg Bharu.

Tetapi Annuar berkata 5 ekar sudah mencukupi untuk pemaju.

“Tanah tidak cukupi di kawasan itu, bahkan jika 1 ekar pun ia akan ada yang mengambilnya,” kata ahli Parlimen Ketereh itu. – 3 November, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen