DUA kluster baharu Covid-19 dikesan hari ini masing-masing di Selangor dan Pulau Pinang, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.
Kluster Usaha dikesan di Klang dan Petaling, Selangor yang setakat ini sudah menjangkiti 17 orang.
Kluster itu dikesan selepas kes indeks diuji positif pada 30 Oktober selepas menjalani saringan kerana bergejala.
Kesemua 17 pesakit berkaitan kluster itu kini sedang dirawat di Hospital Sungai Buloh.
Setakat tengahari tadi, 25 orang lagi menjalani saringan dan lima daripadanya sudah disahkan negatif.
Kluster kedua hari ini dikesan di Pulau Pinang selepas kes indeks yang mengalami Jangkitan Pernafasan Akut Teruk (SARI) disahkan positif Covid-19 pada 28 Oktober.
Kesemua tujuh kes berkaitan kluster itu sedang di rawat di Hospital Pulau Pinang.
69 orang berkaitan kluster itu disaring dengan 13 disahkan negatif dan 49 orang masih menunggu keputusan ujian.
Sementara itu, 33 kluster aktif juga melaporkan kes baharu hari ini.
Malaysia melaporkan 957 kes baharu dan 972 kes pulih hari ini. – 1 November, 2020.
Komen