PUTRAJAYA akan menarik kembali pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Penjara Alor Setar esok selepas mendapati tiada lagi kes positif Covid-19 direkodkan, kata Menteri Kanan Ismail Sabri Yaakob.
“Kementerian Kesihatan telah menjalankan saringan dan tidak menemui sebarang kes di penjara itu.
“Justeru kerajaan memutuskan untuk menamatkan PKPB esok,” kata Ismai Sabril.
Penjara Alor Setar telah diletakkan di bawah PKPD sejak 5 oktober sehingga 18 Oktober, dan kemudian dilanjutkan seama 14 hari sehingga 1 November.
Langkah itu dibuat berikutan peningkatan mendadak kes Covid-19 di penjara itu yang kemudiannya dikenali sebagai Kluster Tembok.
Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jangkitan di kluster itu merebak di dalam penjara dan telah meragut lima nyawa pekerja penjara pada bulan lalu.
Tambah Dr Noor Hisham, dipercayai kes indeks telah membawa virus ke dalam penjara itu. – 1 November, 2020.
Komen