Kisah hotel di Sarawak cuba bertahan dalam wabak


Desmond Davidson

Hotel Telang Usan di Kuching beroperasi sejak 31 tahun lalu cuba bertahan di tengah-tengah pandemik Covid-19 yang melanda dunia. – Gambar The Malaysian Insight, 2 November, 2020.

PADA Jun, pengurusan Hotel Telang Usan di Kuching, Sarawak buntu memikirkan cara untuk menghentikan operasi dan menutup hotel yang sudah beroperasi selama 31 tahun.

Wabak Covid-19 di Sarawak hanya melanda pada bulan keempat tetapi sekatan perjalanan untuk mengekang penyebaran jangkitan melumpuhkan industri pelancongan sehingga mengakibatkan hotel 66 bilik dan 21 pekerjanya kelihatan suram.

“Itu adalah masa yang sukar. Kami memerlukan 32% penghuni untuk pulang modal,” kata pengurus besar Audrey Wan Ullok.

Kini dengan gelombang pandemik ketiga yang melanda negara dan ketika kes melonjak ke seluruh dunua, Audrey berkata hari-hari suram hotel tidak akan berakhir dalam aktu terdekat.

Tetapi apa yang mengejutkannya adalah kesetian dan kesediaan kakitangannya yang kuat untuk membantu majikan mereka mencari jalan keluar, bersetuju untuk dipotong gaji serta membuat strategi untuk menyelamatkan hotel.

“Saya sangat terdorong oleh tekad dan kesetiaan mereka. Ramai daripada mereka telah bersama kami lebih 15 tahun.

“Mereka tetap positif walaupun berdepan banyak rintangan,” katanya.

Kemasukan pelancong ke Sarawak mencapai 730,8944 orang pada Januari dan Februari, sebelum bermulanya wabak itu, menurut statistik dari Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan negeri ini.

Di Sarawak jangkitan mula merebak pada Mac dan pada akhir bulan itu jumlah pengunjung menurun kepada 173,199 orang.

Pada April apabila kes positif yang dikesan setiap hari melebihi 20 orang, masih ada 10,081 pengunjung yang datang ke negeri ini.

Kemasukan pelancong adalah seramai 6,732 pada Mei dan 30,3007 pada Jun, ketika Sarawak mula mengawal wabak di negeri berkenaan.

Tetapi terdapat lonjakan pada awal Julai dan sekatan perjalanan lebih ketat dikuatkuasakan.

Ini termasuk melarang kemasukan penduduk tempatan dari Semenanjung, Labuan dan Sabah menyebabkan kehadiran pengunjung jatuh merundum hanya seramai 2,655 pada bulan itu.

Kemasukan pelancong yang semakin menurun memberi kesan terhadap Hotel Telang Usan dan Audrey bersiap sedia untuk membuang kakitangannya.

Beliau tidak mengira berapa ramai daripada mereka yang akan terus berjuang, bukan hanya untuk pekerjaan mereka tetapi untuk menjaga hotel untuk kekal beroperasi.

Kakitangan sudah duduk bersama berbincang dengan pihak pengurusan untuk memikirkan semula dan menyusun strategi.

“Tidak ada pemberhentian kerja. Kami memutuskan untuk menjenamakan semula.

Perkara pertama yang mereka lakukan adalah melakukan analisis SWOT (kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman).

“Kami mendapati tempat kami menjadi lokasi budaya etinik Kenyah dan makanan orang Dayak.

“Kami sudah mulai membuat promosi di media sosial,” katanya. – 2 November, 2020.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen