AS catat rekod baharu 94,000 kes Covid-19 dalam tempoh 24 jam


AS menyaksikan kemunculan wabak Covid-19 sejak pertengahan Oktober, mencatat 94,125 kes baru dalam 24 jam semalam. – Gambar EPA, 31 Oktober, 2020.

AMERIKA Syarikat (AS) mencatat rekod jumlah kes koronavirus baru pada Jumaat bagi hari kedua berturut-turut, bertambah 94,000 jangkitan dalam tempoh 24 jam, menurut kiraan dari Universiti Johns Hopkins.

Negara itu, yang menyaksikan kemunculan wabak Covid-19 sejak pertengahan Oktober, mencatat 94,125 kes baru dalam 24 jam hingga 8.30 malam Jumaat (0030 GMT Sabtu), menurutnya.

Ia memecahkan rekod 91,000 kes yang dibuat sehari sebelumnya. – AFP, 31 Oktober, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen