Kes Covid-19 seluruh dunia lebih 45 juta


WHO mengisytiharkan Covid-19 sebagai pandemik pada 11 Mac.– Gambar AFP, 30 Oktober, 2020.

JUMLAH kes Covid-19 yang disahkan di seluruh dunia telah melebihi 45 juta, lapor agensi berita Sputnik, memetik Johns Hopkins University.

Jumlah sebenar kes Covid-19 adalah 45,018,354 pada 04:55 GMT Jumaat. 

Lebih 1.18 juta orang telah terkorban kerana penyakit ini, kata universiti itu.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan Covid-19 sebagai pandemik pada 11 Mac.

Jumlah terbesar kes setakat ini dicatatkan di Amerika Syarikat, India dan Brazil. – Bernama, 30 Oktober, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen