AS catat rekod 90,000 kes Covid-19 dalam tepoh 24 jam


Jumlah keseluruhan kes jangkitan Covid-19 di AS kini menghampiri 8.5 juta. – Gambar EPA, 30 Oktober, 2020.

AMERIKA Syarikat (AS) mencatat rekod jumlah kes koronavirus baharu pada Khamis yang pertama kalinya mencapai 90,000 diagnosis dalam tempoh 24 jam, menurut laporan daripada Johns Hopkins University.

Negara itu, yang menyaksikan kemunculan wabak Covid-19 sejak pertengahan Oktober, mencatatkan 91,295 kes baharu dalam tempoh 24 jam hingga 8.30 malam Khamis (0030 GMT Jumaat), menurut datanya.

AS mengumpulkan 8.94 juta kes koronavirus sejak awal wabak ini, paling banyak berlaku di mana-mana negara di dunia.

Dalam tempoh 24 jam yang sama, 1,021 orang mati akibat Covid-19 di AS, menjadikan jumlah kematian di negara itu kepada 228,625. Ia adalah jumlah kematian tertinggi di dunia.

Rekod kes harian sebelumnya di negara ini pada Sabtu, dengan 88,973 jangkitan baru.

Virus ini kini merebak secara meluas di Midwest.

Berbaki lima hari lagi menjelang pilihan raya, calon Demokrat Joe Biden menjadikan cara Donald Trump menangani krisis kesihatan sebagai serangan utamanya terhadap presiden. – AFP, 30 Oktober, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen