10 rumah dihanyutkan arus sungai di Keningau 


Jason Santos

Hujan lebat pada petang menyebabkan paras air di Sungai Pampang melimpah dan menyebabkan banjir kilat. – Gambar The Malaysian Insight, 17 Disember, 2017.

BEBERAPA buah keluarga hilang tempat tinggal selepas 10 buah rumah dihanyutkan dan musnah di Keningau Sabah hari ini. 

Hujan lebat pada petang menyaksikan tiga perkampungan dilanda banjir kilat iaitu Kampung Contoh, Kampung Pampang and Limbawan. 

Jabatan Bomba dan Penyelamat menerima panggilan kecemasan sekitar jam 3 petang hari ini dan berkata 10 buah rumah musnah di Kampung Pampang, selain beberapa buah rumah terjejas akibat banjir kilat.

Kampung Pampang terletak bersebelahan Sungai Pampang, yang mana paras airnya melimpah selepas hujan lebat. 

Bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Bomba dimaklumkan penduduk di rumah yang terlibat telah berpindah ke rumah saudara mara mereka ketika kejadian. 

Setakat ini masih tiada laporan diterima sama ada terdapat mangsa ditempatkan di pusat pemindahan banjir. 

Banjir kilat turut dilaporkan melanda di daerah Penampang dan Papar. – 17 Disember, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen