PERU memperuntukkan 90 bilion sols Peru (sekitar AS$26 bilion) untuk melaksanakan pelan pemulihan ekonomi untuk menangani kesan Covid-19, lapor agensi berita Xinhua.
Keupayaan untuk menangani krisis kesihatan akan dilaksanakan seiring dengan pelan pemulihan itu yang kini menjadi cita-cita utama dalam sejarah negara, kata Presiden Martin Vizcarra pada Isnin.
“Kerajaan memperuntukkan sumber yang besar untuk memperkuat kemampuan perkhidmatan hospital,” katanya dalam satu majlis di Lima.
Pelan itu merangkumi bantuan kewangan untuk 2.8 juta isi rumah miskin dan 800,000 pekerja tidak rasmi.
Menurut Institut Statistik dan Maklumat Negara sejumlah 6,720,000 rakyat Peru hilang pekerjaan pada suku kedua tahun ini disebabkan sekatan pergerakan.
Peru setakat ini mencatatkan 890,574 kes Covid-19 dengan 34,197 kematian, menurut Kementerian Kesihatan. – Bernama, 27 Oktober, 2020.
Komen