ENAM lagi kluster baharu Covid-19 dilaporkan di beberapa negeri hari ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.
Beliau berkata dua daripada kluster baharu itu dikesan di Sabah iaitu Kluster Megah dan Kluster Mesra yang masing-masing melibatkan kes indeks daripada hasil saringan individu bergejala.
Bagi Kluster Megah di Sandakan, melibatkan kes indeks (kes ke-13,706) yang dikesan pada 5 Oktober dan telah dimasukkan ke Hospital Duchess of Kent.
“Saringan kontak rapat kluster ini, telah mengenal pasti 14 lagi kes positif dan sehingga hari ini, 64 individu disaring dengan 15 kes positif, 12 negatif dan 37 individu masih menunggu keputusan.
Bagi Kluster Mesra juga di Sandakan, melibatkan kes indeks (kes ke-13,755) yang dikenal pasti positif Covid-19 pada 7 Oktober dan dimasukkan ke Hospital Duchess of Kent. Saringan kontak rapat telah mengenal pasti 21 lagi kes positif dan dua individu masih menunggu keputusan,” katanya pada sidang media perkembangan Covid-19 di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), hari ini.
Kluster Baki pula dikesan di Kuching, Sarawak hasil saringan individu bergejala (kes ke-20,431) pada 17 Okt dan telah dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak.
“Saringan kontak rapat mengenal pasti empat lagi kes positif. Seramai 68 individu disaring dengan 34 individu negatif manakala 29 individu masih menunggu keputusan.
Di Johor pula, Ketua Pengarah Kesihatan itu berkata KKM mengesan Kluster Kempas melibatkan Daerah Johor Bahru dan Kulai.
Beliau berkata, kes indeks (kes ke-24,447) dikenal pasti positif hasil saringan individu bergejala pada 22 Okt dan telah dimasukkan ke Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Kluang.
Katanya, saringan kontak rapat telah mengenal pasti tujuh lagi kes positif dan sehingga kini, sejumlah 206 individu telah disaring dengan lapan kes positif selain 28 individu negatif dan 170 individu masih menunggu keputusan. – Bernama, 24 Oktober, 2020.
Komen