TIDAK wujud keadaan cemas di Malaysia ketika ini bagi kerajaan untuk mengisytiharkan darurat, kata Tommy Thomas hari ini.
Beliau berkata bahawa kerajaan tidak sepatutnya mendakwa bahawa pandemik Covid-19 telah memberikan “ancaman” sehingga wujud “keperluan yang mendesak”.
“Sebab sebenarnya ialah Perdana Menteri tidak yakin bahawa pembentangan belanjawan menteri kewangannya akan disokong anggota Dewan Rakyat ketika ia bakal diundi pada awal Disember depan.
“Ia akan mengakibatkan keyakinan akan semakin berkurang terhadap pentadbirannya. Mereka mesti meletakkan jawatan. Oleh itu, alasan sebenarnya adalah demi memastikan kuasa perdana menteri kekal,” kata bekas peguam negara itu dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau turut menambah bahawa pandemik Covid-19 sudah bermula di Malaysia sejak Januari lalu, dan ketika itu kerajaan ini berbangga mengenai pencapaian baik mereka memerangi dan membendung penularan Covid-19.
“Dan mereka memiliki alasan objektif untuk membuat dakwaan sebegini, dengan melihat negara-negara lain.
“Oleh itu, pada skala relatif dan perbandingan, Malaysia telah menangani Covid-19 dengan baik.
“Namun, walaubagaimanapun Covid-19 semakin buruk di Sabah, itu tidak harus jadi lesen pengisytiharan darurat nasional,” katanya.
Beliau turut menambah bahawa tidak ada yang boleh tertipu Covid-19 boleh jadi alasan yang dinyatakan secara terbuka sebagai alasan darurat.
Beliau juga berkata bahawa Perdana Menteri Muhyiddin Yassin tidak dapat terus berkuasa dengan menghalang orang lain menyainginya.
“Itu merangkumi semua perkara yang disebut sebagai alasan darurat. Secara perlembagaan, ia memenangkan Perdana Menteri yang dilihat mempunyai kepentingan dalam usaha Pengisytiharan Darurat semata-mata untuk tetap memegang jawatan.
“Kepentingan peribadinya bertentangan dengan tugas awamnya.”
Dilaporkan secara meluas semalam bahawa kabinet telah memutuskan untuk melaksanakan darurat di tengah ketidakstabilan politik dan peningkatan wabak Covid-19.
Muhyiddin semalam bertemu dengan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Kuantan untuk memberi taklimat kepada raja.
Hari ini, Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Ahmad Fadil Shamsuddin mengatakan bahawa Majlis Raja-Raja Melayu akan bertemu tidak lama lagi untuk memutuskan cadangan perdana menteri.
Namun, Fadil tidak mendedahkan apa yang diusulkan kabinet dalam pertemuan dengan raja. – 24 Oktober, 2020.
Komen