Presiden Poland positif Covid-19


Presiden Poland Andrzej Duda disahkan positif Covid-19.– Gambar AFP, 24 Oktober, 2020.

PRESIDEN Poland Andrzej Duda disahkan positif Covid-19, menurut pegawainya hari ini, ketika negara itu sedang berdepan lonjakan kes.

“Seperti yang disarankan, Presiden @AndrzejDuda menjalani ujian mengesan koronavirus semalam. Keputusannya positif. Presiden dalam keadaan baik-baik saja,” tulis Blazej Spychalski di Twitter.

Meskipun belum dapat dipastikan bilakah Duda dijangkiti, presiden itu pada Isnin lalu menghadiri forum pelaburan di Tallinn, di mana beliau bertemu Presiden Bulgaria Rumen Radev.

Radev menjalani kuarantin selepas forum tersebut.

Poland melaksanakan perintah berkurung “zon merah” bermula hari ini.

Langkah itu susulan negara itu mencatat 13,632 kes baharu Covid-19 semalam. – AFP, 24 Oktober, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen