LEBIH 10,000 orang maut akibat Covid-19 di Jerman sejak pandemik itu mula melanda di negara berkenaan, menurut data yang dikeluarkan Robert Koch Institute hari ini.
Institut itu berkata sebanyak 10,003 kes kematian direkodkan setakat ini, dengan jumlah keseluruhan jangkitan 418,005 kes.
Sebanyak 14,714 kes baharu Covid-19 dilaporkan dalam tempoh 24 jam lalu, tambah agensi kerajaan itu.
Presidennya Lothar Wieler berkata Jerman kini berdepan situasi “sangat serius”, dan menggesa rakyat mengamalkan penjarakan fizikal.
Jerman kini menghadapi lonjakan kes Covid-19.
Susulan itu, pihak berkuasa memperketatkan peraturan membendung wabak termasuk melarang perhimpunan di tempat awam.
Canselor Angela Merkel pada minggu lalu menggesa rakyat lebih banyak duduk di rumah untuk membendung penularan wabak. – AFP, 24 Oktober, 2020.
Komen