AS lapor hampir 80,000 kes baharu Covid-19


Jumlah keseluruhan kes jangkitan Covid-19 di AS kini menghampiri 8.5 juta.– Gambar EPA, 24 Oktober, 2020.

HAMPIR 80,000 kes baharu Covid-19 dilaporkan di Amerika Syarikat (AS) semalam, menurut data dikeluarkan Johns Hopkins University.

Sebanyak 79,963 kes direkodkan dalam tempoh 24 jam semalam, menjadikan jumlah keseluruhan kes jangkitan Covid-19 di negara itu kini menghampiri 8.5 juta.

Kes harian di AS mencacah 80,000 pada Julai, kebanyakannya disumbangkan kes baharu di negeri-negeri sebelah selatan seperti texas dan Florida.

Kira-kira 35 hingga 50 negeri di sebelah utara dan barat tengah AS kini menghadapi lonjakan kes Covid-19.

Angka kematian kekal dalam lingkungan 700 hingga 800 orang sehari sejak musim bunga bermula.

Secara keseluruhan, seramai 223,000 orang maut akibat Covid-19 di AS setakat ini. – AFP, 24 Oktober, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen