Putrajaya perlu tambah taska untuk petugas barisan hadapan, kata Yeoh


Chan Kok Leong

Peruntukan Belanjawan 2020 sebanyak RM30 juta sepatutnya cukup untuk menubuhkan 200 taska di agensi kerajaan dan tempat kerja, kata Ahli Parlimen Segambut Hannah Yeoh.

KERAJAAN Perikatan Nasional (PN) perlu menyediakan lebih banyak taska supaya petugas barisan hadapan boleh menumpukan tugas menangani pandemik Covid-19, kata Ahli Parlimen Segambut Hannah Yeoh.

“Peruntukan Belanjawan 2020 sebanyak RM30 juta sepatutnya cukup untuk menubuhkan 200 taska di agensi kerajaan dan tempat kerja. 

“Sebaliknya, sebanyak RM24.5 juta telah disalurkan untuk Penjana,” kata bekas timbalan menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat itu pada sidang media secara maya, pagi tadi.

Menurut Yeoh, walaupun terdapat pertambahan peruntukan (dari RM10 juta pada 2019 kepada RM30 juta pada 2020), kerajaan hanya menubuhkan 34 taska (RM5.5 juta).

“Pada 2019, kerajaan tubuhkan sehingga 65 taska di seluruh negara dengan hanya RM10 juta,” katanya.

Tambah beliau, taska untuk petugas barisan hadapan perlu ditambah ketika usaha menangani gelombang ketiga pandemik Covid-19 di negara ini.

“Hakikatnya, kebanyakan petugas barisan hadapan terdiri daripada pegawai perubatan dan keselamatan, mereka perlu bekerja mengikut shift, tetapi tidak cukup sokongan.

“Ada yang terpaksa ambil cuti atau hantar anak ke taska swasta yang mahal kerana mereka perlu bekerja mengikut shift,” jelas Yeoh. – 23 Oktober, 2020.     

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen