Jerman catat 11,287 kes baharu Covid-19 dalam 24 jam


Setakat ini kira-kira 380,762 orang telah dijangkiti Covid-19 di Jerman dengan 9,875 kematian dilaporkan. – Gambar EPA, 22 Oktober, 2020.

JERMAN mencatatkan 11,287 jangkitan baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam yang menyaksikan lonjakan dari hari sebelumnya dan rekod untuk negara berkenaan sejak wabak merebak, menurut data rasmi hari ini.

Angka itu jauh lebih tinggi dari jumlah 7,830 yang dicatatkan pada Jumaat lalu dan merupakan lonjakan tertinggi dari 7,595 kes yang dilaporkan pada Rabu lepas oleh Robert Koch Institute.

Jerman seperti kebanyakan negara Eropah lain telah menyaksikan peningkatan mendadak kes Covid-19 selama beberapa minggu.

Untuk pemulihan pihak berkuasa telah memperketat langkah-langkah seperti melarang perjumpaan besar.

Sekatan tempatan juga dikenakan di Berlin selain mewajibkan pemakaian topeng muka di kawasan sibu.

Pada Sabtu Canselor Angela Merkel meminta penduduk untuk berhenti bersosial dan menggesa mereka untuk tinggal di rumah.

Sekurang-kurangnya 380,762 orang telah dijangkiti virus berkenaan di Jerman setakat ini dengan 9,875 kematian dilaporkan. – AFP, 22 Oktober, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen