TIMBALAN Ketua Menteri Sarawak James Masing mencadangkan agar rumah panjang, kampung dan penempatan di kawasan luar bandar melarang orang luar masuk bagi mengekang penyebaran Covid-19 menjelang pilihan raya negeri.
Beliau juga mencadangkan agar pergerakan penduduk di daerah ini dapat dikurangkan.
“Mereka juga tidak boleh keluar,” katanya ketika menyampaikan ucapan kepada anggota Parti Rakyat Sarawak (PRS) pada jamuan ulang tahun ke-16 mereka di Kuching malam tadi.
Masing berkata, kerajaan negeri mungkin terpaksa mengenakan langkah lebih ketat untuk mencegah penyebaran Covid-19 ketika pilihan raya diadakan.
PRS adalah anggota gabungan Gabungan Parti Sarawak (GPS) empat parti yang memerintah Sarawak.
Masing berkata para pakar perubatan memberitahu Kabinet negeri yang koronavirus masih akan menjadi ancaman kesihatan sekurang-kurangnya bagi tempoh setahun lagi.
Justeru, ia menyebabkan masalah bagi kerajaan negeri yang mandatnya hampir berakhir.
“Menjelang April tahun depan, Dewan Undangan Negeri akan mencapai tempoh penggal lima tahun.
“Secara ringkasnya, Covid-19 akan ada di sekitar kita hingga akhir 2021, tetapi undang-undang Sarawak menetapkan kita mesti mengadakan pilihan raya negeri pada sebelum April 2021.”
Beliau berkata apa yang paling boleh dilakukan oleh kerajaan negeri adalah memanjangkan melanjutkan tempoh DUN selama 60 hari lagi.
“Tetapi lanjutan tempoh itu tidak cukup lama untuk kita melepaskan diri daripada ancaman Covid-19.
“Apa yang patut kita buat?”
“Perlukah kita menunda pilihan raya hingga Jun 2021, atau apakah kita akan mengadakan pilihan rayan sekarang?” soal beliau sambil secara tidak langsung mengulang kenyataan pembangkang bahawa ia tindakan tidak bertanggungjawab kerajaan negeri jika mengadakan pilihan raya sekarang. – 22 Oktober, 2020.
Berita penuh di sini
Komen