SETELAH empat hari berturut-turut mencatatkan lebih 800 kes, Malaysia hari ini merekodkan 732 kes menjadlikan jumlah keseluruhan kes Covid-19 sebanyak 22,957.
Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata walaupun terdapat sedikit penurunan kes, Sabah masih mencatatkan jumlah kes harian tertinggi iaitu 535 atau 73.1% daripada kes hari ini.
Ini menjadikan hari ke-15 berturut-turut Sabah mencatatkan jumlah kes tertinggi dan jumlah keseluruhan kes di negeri itu kini berjumlah 9,281.
Selangor juga mencatatkan jumlah kes baharu kedua tertinggi hari ini iaitu 116 atau 15.8% jangkitan baharu hari ini.
Jumlah kes positif negeri kini berjumlah 3,965.
Terdapat enam kematian dalam tempoh 24 jam terakhir menjadikan jumlah kematian keseluruhan seramai 199 orang.
Sementara itu seramai 580 pesakit pulih menjadikan jumlah kes aktif seramai 7,827 orang.
Di seluruh negara terdapat sekitar 11,000 hospital yang dibuka khas untuk pesakit Covid-19.
Dari kes yang aktif seramai 102 pesakit berada di unit rawatan intensif (ICU) dengan 31 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan. – 21 Oktober, 2020.
MENYUSUL
Komen