Uzbekistan mahu peruntukan AS$1.9 bilion untuk kesihatan pada 2021


Pelajar Uzbekistan menduduki peperiksaan terbuka ketika negara itu sedang berdepan wabak Covid-19. – Gambar AFP, 20 Oktober, 2020.

UZBEKISTAN merancang memperuntukkan AS$1.9 bilion untuk sistem penjagaan kesihatan pada 2021, di tengah-tengah pandemik Covid-19, lapor agensi berita Xinhua.

Presiden Shavkat Mirziyoyev berkata pada Selasa, peruntukan itu  mengambil kira wabak yang sedang melanda dan penurunan aktiviti ekonomi global.

Beliau berkata daripada jumlah itu sebanyak AS$289 juta akan digunakan untuk melaksanakan langkah-langkah memerangi virus berkenaan manakala AS$173 juta lagi bagi membeli ubat-ubatan. 

Uzbekistan, negara paling ramai penduduk di Asia tengah, iaitu 34 juta orang, tahun ini memperuntukkan AS$1.2 bilion untuk membendung Covid-19. 

Setakat ini, Uzbekistan merekodkan 63,737 kes dengan 533 kematian dan 60,717 pemulihan. – Bernama, 20 Oktober, 2020.


 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen